Pages

Selasa, 7 Jun 2016

Prosedur membuka pusat tuisyen di Terengganu

Hi Assalamualaikum,
Penulisan ni adalah penulisan ke tiga saya. Alhamdulillah…..

Hari nie saya nak kongsikan flow di Terengganu, macam mana nak buka pusat tuisyen. Almaklumlahkan, ii ni bisnes pusat tuisyen (In Shaa Allah). Last weekend ri tu balik rumah, yela kan awal Ramadhan, so nak puasa kat rumah la kan. Alang-alang balik kampung di Terengganu, nak settlekan kerja-kerja penubuhan SPEEEDreading Center ni.

Ops!!!!

Sebelum tu, saya nak bagitau, saya ni pelajar master by research dalam bidang Electronic Device Engineering di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTM di Kuala Lumpur. Masih belajar lagi ya! And In Shaa Allah, I’ll try my best to hantar thesis on August 2016 supaya this reading center project berjalan lancar. Doakan saya ya….

Okay, berbalik kepada cerita nak tubuh pusat tuisyen tu, at first saya pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk mendapatkan borang atau nak dapatkan maklumat atau prosedur untuk membuka pusat tuisyen ni. Sampai saya kat sana, saya ke bahagian unit pengajian swasta. Tanya punya tanya pegawai di situ, rata-rata tak tahu prosedur macam mana nak bukak pusat tuisyen ni. Ish3….

Katanya orang yang incharge pergi Mekah, tunaikan umrah. Mmmm….
Saya ni jenis tak sabar, sebelum saya balik KL saya nak pastikan prosedur untuk buka pusat tuisyen di tempat saya ni jelas, supaya senang untuk saya plan kerja-kerja saya akan datang. Fikir punya fikir, dan selepas tanya pendapat kawan, seorang kawan saya mencadangkan supaya saya call JPN Terengganu. 

Yay!!! Betul juga kan…. So saya call JPN dan Alhamdulillah dapatlah bercakap dengan oarng yang sepatutnya dan menjelaskan kepada saya dengan lebih detail mengenai perkara ni. Rupanya di Terengganu tak da borang pun, just hantar email surat permohonan pada mereka (surat diorang dah bagi contoh, cuma tukar alamat dan nama ja) Senang kan???

Kat sini saya ringkaskan the whole proses nak tubuh tuition center. Mula-mula tulis surat permohonan membuka pusat tuisyen yang beralamat premis perniagaan kita (seperti gambar dibawah). 




Kemudian,  kelulusan akan diberikan oleh pihak JPN. Pihak JPN akan datang melawat tapak premis. Jika lulus, barulah pencarian nama pusat tuisyen bersama JPN akan dibincangkan. Selepas itu, barulah pemeriksaan keselamatan oleh bomba dan juga KKM dijalankan. Katanya proses mengambil masa lebih kurang 3-4 bulan sahaja.

mmm……boleh tahan juga la proses dia. Tapi tak pa.. nak seribu daya!
So pada sesiapa yang berhasrat nak buka pusat tuisyen di Terengganu,  harap entry kali ini dapat membantu ya!!

Di negeri-negeri lain, saya dimaklumkan oleh kawan-kawan yang telah membuka pusat tuisyen, prosedurnya lebih kurang sama. Mungkin sesetengah negeri perlu isi borang dahulu instead of hantar surat permohonan. Kemudian apabila dah diluluskan, JPN akan datang melawat tapak dan sebagainya.

Ok sekian untuk entry kali ini…..
Terima kasih kerana membaca, from kami di SPEEDreading Center with love.

~Everything starts here~

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalam,pusat tuisyen boleh tak dibuat di rumah bagi di negeri terengganu.